Manual Pengguna
Sistem Pendaftaran Pemaju (SPEM) — Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor
Kandungan
Sistem Pendaftaran Pemaju (SPEM) adalah platform dalam talian yang disediakan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) bagi memudahkan proses pendaftaran pemaju perumahan di Negeri Selangor. Melalui sistem ini, pemaju boleh:
- Mengemukakan permohonan pendaftaran pemaju secara atas talian
- Memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan
- Membuat pembayaran yuran pendaftaran
- Memantau status permohonan pada bila-bila masa
- Mengemukakan laporan pemantauan projek
Setiap pemaju perlu mendaftar akaun baharu sebelum boleh menggunakan sistem ini.
Akses Halaman Daftar
Lawati https://spem.lphs.gov.my/register atau klik butang "Daftar" pada halaman utama.
Isi Maklumat Pendaftaran
Masukkan Nama Penuh, Alamat Emel dan Kata Laluan (minimum 8 aksara). Pastikan emel yang digunakan adalah aktif.
Sahkan Emel
Semak peti masuk emel anda. Klik pautan pengesahan yang dihantar oleh sistem. Emel mesti disahkan sebelum boleh log masuk.
Log Masuk
Setelah emel disahkan, anda boleh log masuk menggunakan emel dan kata laluan yang didaftarkan.
Untuk log masuk ke dalam sistem:
- Lawati https://spem.lphs.gov.my/login
- Masukkan Alamat Emel yang didaftarkan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik butang "Log Masuk"
Setelah berjaya log masuk, anda akan dibawa ke Papan Pemuka (Dashboard) yang memaparkan ringkasan status permohonan anda.
Sekiranya terlupa kata laluan:
- Klik pautan "Lupa Kata Laluan?" pada halaman log masuk
- Masukkan Alamat Emel yang didaftarkan
- Klik "Hantar Pautan Set Semula"
- Semak emel anda dan klik pautan set semula kata laluan
- Masukkan kata laluan baharu (minimum 8 aksara)
- Klik "Set Semula Kata Laluan"
Permohonan pendaftaran pemaju dibuat melalui 6 langkah secara berturutan. Untuk memulakan permohonan, klik menu "Permohonan" → "Permohonan Baru" atau klik butang "Pendaftaran Pemaju" dalam Senarai Semak.
Langkah 1 — Syarikat Induk
Isi maklumat syarikat induk (pemilik tanah / syarikat utama):
- Jenis Permohonan — Pilih jenis permohonan yang bersesuaian
- Kategori Pembangunan — Pilih kategori (Kediaman, Komersial, dll)
- Nama Syarikat — Nama penuh syarikat mengikut SSM
- No. Pendaftaran Syarikat — No. ROC/ROB
- Alamat Berdaftar — Alamat, poskod, daerah dan negeri
- No. Telefon & Faks
Langkah 2 — Pemaju
Isi maklumat syarikat pemaju (jika berbeza daripada syarikat induk):
- Nama Pemaju
- No. Pendaftaran Syarikat Pemaju
- Alamat Pemaju
- No. Telefon & Faks
Langkah 3 — Projek
Isi maklumat projek pembangunan:
- Tajuk Pembangunan
- Nama Projek
- Alamat Projek
- No. Lot
- Mukim / Pekan / Bandar
- Daerah & Negeri
- Luas Tanah dan maklumat hak milik
- Tarikh Mula & Tamat Projek (anggaran)
Langkah 4 — Komponen Pembangunan
Isi maklumat komponen unit yang akan dibangunkan:
- Jenis Bangunan (Teres, Semi-D, Bungalow, dll)
- Kategori Kediaman
- Status Pemilikan
- Bilangan Unit dan Harga Jualan
- Boleh tambah berbilang komponen mengikut keperluan projek
Langkah 5 — Dokumen Sokongan
Muat naik dokumen wajib berikut (format: PDF atau imej):
Dokumen Wajib:
Borang 24 Borang 49 Pelan Susun Atur (ACAD) Pelan Susun Atur (PDF) Pelan Pra-Hitungan (ACAD) Kelulusan TanahDokumen Tambahan:
Surat Permohonan Rasmi Penyata Aliran Tunai Dokumen lain (jika berkenaan)Langkah 6 — Ringkasan & Hantar
Semak semula semua maklumat yang telah diisi sebelum mengemukakan permohonan:
- Pastikan semua maklumat adalah betul dan lengkap
- Semak senarai dokumen yang telah dimuat naik
- Klik butang "Kemukakan Permohonan" apabila bersedia
Selepas permohonan diluluskan oleh LPHS, pemaju perlu membuat bayaran yuran pendaftaran sebelum surat kelulusan boleh dimuat turun. Sistem SPEM kini menyokong pembayaran dalam talian melalui FPX (Financial Process Exchange).
Cara Bayar Melalui FPX
Log Masuk & Buka Senarai Permohonan
Log masuk ke SPEM, kemudian klik menu "Permohonan" → "Permohonan Saya" (Senarai Permohonan).
Pilih Permohonan Yang Lulus
Pastikan status permohonan adalah "Lulus" dan status bayaran masih "Menunggu". Klik butang "Bayar Online (FPX)" pada baris permohonan berkenaan.
Pilih Bank & Jenis Akaun
Pilih bank pilihan anda dan jenis transaksi (B2C — peribadi, atau B2B — korporat). Semak jumlah bayaran dan maklumat permohonan.
Lengkapkan Bayaran Di Portal Bank
Anda akan dialihkan ke portal perbankan FPX. Log masuk dan sahkan transaksi mengikut arahan bank. Jangan tutup pelayar sebelum proses selesai.
Semak Status & Muat Turun Surat
Selepas bayaran berjaya, status akan dikemaskini secara automatik. Klik "Semak Status Bayaran" untuk melihat resit, kemudian muat turun Surat Kelulusan melalui butang pada senarai permohonan.
- Transaksi B2B (korporat) mungkin memerlukan kelulusan pengesahan oleh pihak bank — status bayaran akan kekal Pending sehingga diluluskan.
- Jika bayaran gagal atau status tidak dikemaskini selepas 30 minit, gunakan butang "Semak Status Bayaran" atau hubungi LPHS.
- Pastikan akaun bank mempunyai baki mencukupi sebelum memulakan transaksi.
Bayaran Manual (Alternatif)
Sebagai alternatif, bayaran juga boleh dibuat di kaunter LPHS. Pegawai PT akan memuat naik resit ke dalam sistem selepas bayaran disahkan:
- Bawa slip permohonan dan bukti bayaran (tunai / cek / kiriman wang)
- Status bayaran akan dikemaskini oleh pihak LPHS selepas pengesahan
Untuk menyemak status pembayaran permohonan anda:
- Klik menu "Permohonan" → "Permohonan Saya" (Senarai Permohonan)
- Klik butang "Semak Status Bayaran" ( atau ) pada permohonan berkenaan
- Halaman status bayaran akan memaparkan maklumat terkini termasuk:
- Status transaksi (Berjaya / Pending / Gagal)
- No. rujukan & ID transaksi FPX
- Bank, tarikh bayaran dan jumlah
- Resit pembayaran (jika tersedia)
Setelah permohonan diluluskan, pemaju dikehendaki mengemukakan laporan pemantauan projek secara berkala. Pemantauan dilakukan melalui 8 langkah:
| Langkah | Tajuk | Keterangan |
|---|---|---|
| 1 | Projek | Maklumat asas projek semasa |
| 2 | Laporan | Laporan kemajuan terkini projek |
| 3 | Kelulusan Projek | Status kelulusan dari pihak berkuasa berkaitan |
| 4 | Kerja Pembangunan | Peratusan siap kerja-kerja pembinaan |
| 5 | Siap Projek | Tarikh dijangka siap dan maklumat CF/CCC |
| 6 | Statistik Jualan Terkini | Jumlah unit terjual dan baki unit |
| 7 | Gambar | Gambar terkini tapak projek |
| 8 | Ringkasan | Semak dan hantar laporan pemantauan |
Halaman Senarai Semak menyenaraikan semua dokumen yang diperlukan mengikut peringkat permohonan. Ia terbahagi kepada dua kategori:
Sebelum Kelulusan Kebenaran Merancang
Dokumen yang perlu dikemukakan sebelum mendapat kelulusan KM daripada PBT:- Surat Permohonan Rasmi
- Borang Pendaftaran (Borang 1)
- Borang 24 & Borang 49
- Pelan Susunatur (PDF & DWG)
- Surat Kelulusan Pembangunan Tanah
- Penyata Anggaran Aliran Tunai
Dengan Kelulusan Kebenaran Merancang
Dokumen tambahan setelah mendapat kelulusan KM:- Salinan Kelulusan KM
- Pelan Bangunan yang diluluskan
- Surat Perjanjian Jual Beli (S&P)
- Dokumen pinjaman bank (jika ada)
Untuk melihat senarai semak penuh, log masuk dan klik menu "Senarai Semak" dalam sistem.
Untuk mengemaskini maklumat akaun pengguna:
- Klik nama pengguna di sudut kanan atas
- Pilih "Profil" dari menu juntai bawah
- Kemaskini Nama atau Kata Laluan
- Klik "Simpan" untuk menyimpan perubahan
Berikut adalah senarai status permohonan dan maknanya:
| Status | Keterangan | Tindakan Yang Perlu |
|---|---|---|
| Draf | Permohonan masih dalam proses pengisian | Lengkapkan semua langkah dan kemukakan |
| Menunggu Bayaran | Permohonan diluluskan, bayaran yuran belum dibuat | Bayar melalui FPX dalam talian atau hubungi kaunter LPHS |
| Dalam Semakan | Permohonan sedang disemak oleh pegawai LPHS | Tunggu maklum balas |
| Maklumat Tambahan | LPHS memerlukan maklumat atau dokumen tambahan | Kemukakan dokumen yang diminta |
| Lulus | Permohonan telah diluluskan oleh LPHS | Muat turun surat kelulusan |
| Tolak | Permohonan telah ditolak | Semak sebab penolakan dan buat rayuan jika perlu |
- Log masuk → Permohonan Saya
- Klik Bayar Online (FPX) pada permohonan berstatus Lulus
- Pilih bank, lengkapkan bayaran di portal FPX
- Semak status melalui butang Semak Status Bayaran
Hubungi Kami
Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)
