Soalan Lazim
Waktu Urusan LPHS
Waktu Urusan Pejabat & Kaunter
| Isnin – Khamis | 8:30 pg – 1:00 tgh 2:00 ptg – 5:00 ptg |
| Jumaat | 8:30 pg – 12:15 tgh 2:45 ptg – 5:00 ptg |
Kaunter Pembayaran
| Isnin – Jumaat | 8:30 pg – 3:30 ptg |
Soalan Lazim Sistem Pendaftaran Pemaju (SPEM)
SPEM adalah sistem dalam talian yang dibangunkan oleh Lembaga Perumahan Dan
Hartanah Selangor (LPHS) untuk memudahkan proses pendaftaran dan pemantauan
projek perumahan. Pemaju boleh menghantar permohonan, memuat naik dokumen
dan menyemak status permohonan secara atas talian.
- Klik butang Daftar di bahagian atas halaman.
- Isi maklumat syarikat dan maklumat peribadi dengan lengkap.
- Semak emel anda dan klik pautan pengesahan yang dihantar.
- Log masuk menggunakan emel dan kata laluan yang didaftarkan.
Dokumen asas yang diperlukan termasuklah:
- Surat permohonan rasmi oleh pemaju
- Borang Pendaftaran Pemaju (BORANG 1)
- Salinan BORANG 24 dan BORANG 49
- Salinan Cadangan Pelan Susunatur
- Penyata anggaran aliran tunai projek (disahkan oleh Akauntan Bertauliah)
- Bayaran proses pendaftaran pemaju (RM100)
Sila rujuk halaman Senarai Semak untuk senarai lengkap.
Tempoh semakan permohonan bergantung kepada kelengkapan dokumen yang
dikemukakan. Pemohon akan dimaklumkan melalui sistem dan emel mengenai
status permohonan mereka. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit
Pemantauan Projek LPHS.
Permohonan boleh dikemaskini selagi ia masih dalam status
Draf. Setelah permohonan dihantar untuk semakan, sebarang
pindaan perlu dilakukan selepas mendapat maklum balas daripada pegawai LPHS.
Sistem SPEM menerima dokumen dalam format PDF dan
JPEG/JPG (dokumen yang telah discan). Pastikan saiz fail
tidak melebihi had yang ditetapkan.
Pembayaran yuran pendaftaran pemaju (RM100) boleh dibuat melalui sistem
pembayaran dalam talian FPX yang disediakan dalam SPEM. Resit pembayaran
akan dijana secara automatik selepas transaksi berjaya.
Untuk maklumat lanjut berkaitan syarat-syarat permohonan Rumah Selangorku,
sila layari laman web rasmi LPHS atau
klik di sini .
Untuk sebarang masalah teknikal atau pertanyaan berkaitan sistem SPEM, sila
hubungi Unit Pemantauan Projek LPHS melalui:
- Emel: aduan.korporat@lphs.gov.my
- Telefon: 03 5510 2389 / 2122 / 2177
