Dasar Privasi
Privasi Anda
Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) komited untuk melindungi privasi pengguna Sistem Pendaftaran Pemaju (SPEM). Dasar privasi ini menerangkan bagaimana maklumat peribadi anda dikumpul, digunakan dan dilindungi oleh LPHS.
Data Peribadi
Data peribadi adalah maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti anda secara langsung atau tidak langsung. LPHS hanya mengumpul data peribadi yang diperlukan untuk tujuan pentadbiran dan perkhidmatan pendaftaran pemaju.
Maklumat Terkumpul
Maklumat yang dikumpul melalui sistem ini termasuk:
- Nama penuh, nombor kad pengenalan dan maklumat hubungan pemaju
- Maklumat syarikat dan projek perumahan yang didaftarkan
- Dokumen sokongan yang dimuat naik untuk proses pendaftaran
- Maklumat transaksi dan pembayaran yuran pendaftaran
Maklumat Log
Seperti kebanyakan laman web, pelayan kami secara automatik merekodkan maklumat log yang termasuk alamat IP anda, jenis pelayar web, halaman yang dilawati, masa dan tarikh akses. Maklumat ini digunakan untuk tujuan analisis teknikal dan keselamatan sistem sahaja.
Kuki (Cookies)
Laman web ini menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pengguna. Kuki adalah fail teks kecil yang disimpan pada peranti anda. Anda boleh menyekat kuki melalui tetapan pelayar web anda, namun ini mungkin menjejaskan fungsi sistem.
Pautan ke Laman Lain
Laman web SPEM mungkin mengandungi pautan ke laman web luar. LPHS tidak bertanggungjawab terhadap dasar privasi atau kandungan laman web tersebut. Pengguna dinasihatkan untuk membaca dasar privasi laman web yang dilawati.
Perlindungan Data
LPHS mengambil langkah-langkah keselamatan yang bersesuaian untuk melindungi maklumat peribadi anda daripada akses, penggunaan, atau pendedahan yang tidak dibenarkan. Maklumat anda hanya akan dikongsi dengan pihak berkuasa berkaitan mengikut keperluan undang-undang.
Pindaan Dasar
LPHS berhak untuk meminda dasar privasi ini pada bila-bila masa. Sebarang perubahan akan berkuat kuasa serta-merta selepas diterbitkan di laman web ini. Pengguna dinasihatkan untuk menyemak dasar ini dari masa ke masa.
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan dasar privasi ini, sila hubungi kami di aduan.korporat@lphs.gov.my.
